Sabtu, 24 Ogos 2013

KELEBIHAN CERMIN MATA OAKLEY



Kaca mata hitam selain berfungsi sebagai pelindung mata daripada panahan terik matahari, ia juga menjadi simbol fesyen yang wajib dimiliki.
Menurut Pakar Perunding Fesyen, Faizal Hamid, kaca mata hitam adalah alternatif kepada mereka yang mahukan barangan seperti beg tangan dan pakaian daripada jenama mewah tapi tidak mampu dimiliki disebabkan harga yang tinggi melampau.

"Sememangnya kasut, alat solek atau wangian berjenama masih lagi dalam lingkungan produk yang boleh dimiliki kebanyakan kita tetapi ia tidak mempunyai impak segera (instant impact) seperti yang boleh dilihat apabila anda memakai kaca mata hitam berjenama antarabangsa.

"Kaca mata hitam bukan hanya boleh memberi nafas baru kepada pakaian yang kita ada malahan ia adalah satu cara yang paling ekonomi untuk kita mengikut peredaran gaya ataupun tren terkini," katanya.

Katanya, pencinta fesyen menggunakan kaca mata bukan saja sebagai membuktikan mereka mendapat kelebihan daripada penggunaan barangan berkenaan tapi juga untuk menunjukkan impak daripada pemakaian kaca mata hitam itu. 

"Kini lebih banyak lagi jenama kaca mata hitam yang tidak begitu mahal ada di pasaran dibandingkan dengan kategori aksesori yang lain. Sememangnya kaca mata hitam punyai pelbagai pilihan rekaan dalam bentuk, saiz, hiasan dan perincian berbeza sesuai cita rasa semua individu," katanya.

Pembeli tidak lagi membeli kaca mata hitam semata-mata untuk melindungi mata dari pancaran UV kerana tarikan kaca mata hitam bersaiz besar menjadi kegilaan mencerminkan keperluan untuk penjagaan mata dalam gaya baru yang lebih hangat.

"Gaya paling terbaru dan popular adalah yang diinspirasikan daripada gaya kaca mata hitam ilham retro 50an. Bingkai plastik kembali dengan gaya kontemporari ilham mata kucing yang mengingatkan kita pada ikon filem barat seperti Marilyn Monroe," katanya.

Faizal mengingatkan pencinta fesyen supaya mendapatkan kaca mata hitam berjenama semasa ia masih dalam lingkungan harga yang berpatutan sebelum ia tersenarai di dalam kategori barangan mewah yang tidak mampu dimiliki suatu masa nanti.

"Jika anda tidak percaya lihat saja kaca mata hitam edisi terhad Bottega Veneta yang bingkainya diperbuat daripada tanduk semula jadi. Ia bahan yang paling eksklusif dan unik malah ada juga jenama terkenal yang menghiasi koleksi kaca mata hitam jenama mereka penuh dengan butiran berlian.

"Rekaan yang hebat ini bukan dijual dengan harga ratusan ringgit tapi sebaliknya ribuan malahan hingga mencecah puluhan ribu ringgit," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan